Friday, 8 April 2011

Aku Seorang Jutawan

Salam semua..
Hari ini saya ingin join segment seorang blogger nie..
Blog Cik MyMye MyMya
Saya tak nak lah blog ini hanya dipenuhi dengan barang2 jualan saya jer..
Nanti anda bosan pula..
Mari ikuti segment ini bersama2..


Dalam segment ini, Cik MyMye MyMya meminta kita untuk menceritakan apa yang akan kita lakukan jika kita menjadi jutawan..

Pada saya, jika saya bergelar jutawan, saya tidak akan mensia2kan apa yang saya ada untuk beramal dan membantu orang2 susah.. Permulaan saya akan membantu family saya terutama mak ayah saya yang banyak berkorban untuk saya selama ini dan juga saudara mara saya dari segi segala aspek bergantung kepada apa yang saya mampu lakukan.. Jika saya jutawan, saya ingin membuka syarikat saya sendiri dan cawangan di seluruh negara dan memasarkan produk2 keluaran saya sendiri. Dan yang paling penting sekali saya ingin tunaikan impian saya selama ini iaitu membuka Pusat Pemeliharaan Kucing.. Saya seorang pencinta kucing dan juga haiwan2 yang lain.. Saya tergerak hati untuk menceburi bidang bisnes kerana ingin mencuba bidang baru dan berusaha dalam segala bidang yang saya mampu untuk menjadi seorang jutawan dan merealisasikan semua impian saya.. Walaupun saya seorang pelajar jurusan Kimia Perindustrian, tetapi itu tidak menghalang saya untuk menjadi seorang jutawan melalui bidang bisnes ini.. Usaha tangga kejayaan dan jangan sesekali mengeluh dan berkata tidak boleh dalam setiap perkara.. Kita mesti sentiasa yakin boleh dan positive thinking dalam setiap perkara..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...